Biar kami bantu anda untuk sediakan kedai web,
chatbot dan tingkatkan jualan
atas talian.
Tujuan Program Smart Seller adalah untuk membantu dan membimbing usahawan
Mikro dan IKS dalam meningkatkan prestasi jualan atas talian dan
mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Penggunaan platform e-dagang serba lengkap EZAssist dapat membantu IKS
menarik lebih banyak pelanggan dalam talian menerusi pelbagai saluran seperti
halaman Facebook bisnis anda, WhatsApp dan kedai web yang dapat melancarkan
semua aktiviti penjualan atas talian untuk pelanggan anda.
Dengan platform EZAssist, para usahawan dapat mengisi katalog produk, menggunakan
shopping cart dan payment gateaway yang tersedia, menguruskan pertanyaan dan khidmat
pelanggan melalui chatbot, memilih servis penghantaran, menggunakan bahan
promosi seperti e-poster, mesej WA, iklan dan banyak lagi hanya dalam satu platform.
Kenapa Pilih Program Smart Seller?
• Tiada yuran bulanan langganan selama setahun dan PKS akan dicaj kadar komisen pada 15% hanya apabila mereka telah berjaya menjual produk.
• Daripada caj komisyen yang dikenakan, kami pulangkan 7% dalam bentuk subsidi seperti diskaundan penghantaran PERCUMA. Para pegawai Kidmat Sokongan terlatih kami juga sentiasa bersama dalam membimbing para usahawan di setiap langkah sehinggalah mereka dapat menguruskan perniagaan atas talian mereka melalui sistem kami sendiri.
• PKS yang berdaftar mempunyai akses PERCUMA ke latihan ciri-ciri kegunaan platform.
Dengan EZAssist, anda dapat mendigitalkan bisnis anda. Ianya merupakan cara mudah
untuk menarik lebih ramai pelanggan ke saluran digital anda seperti menjadi lebih
mudah kedai web dan halaman Facebook. Fungsi "abandon cart" pula
membolehkan anda untuk terus hubungi pelanggan dari sistem ke Whatsapp.
Penyelesaian pintar ini mampu memudahkan dan menyokong penambahan
hasil jualan anda secara atas talian.
Jom sertai Program "SMART SELLER" kami dan nikmati ganjarannya hari ini!
Ketahui cara usahawan PKS menggunakan EZAssist untuk menjana lebih banyak penjualan atas talian sekaligus mengubah cara mereka berniaga.
Webinar kami menawarkan panduan terperinci mengenai cara menggunakan
platform e-dagang kami untuk meningkatkan jualan atas talian anda!
Tonton rakaman webinar yang merangkumi pelbagai topik yang dapat
membimbing perjalanan anda di platform kami.
Tentang Program Smart Seller
1. Apakah Program Smart Seller?
Program Smart Seller adalah suatu program kelolaan EZAssist untuk membantu dan membimbing usahawan PKS dalam meningkatkan prestasi dan adaptasi digitali perniagaan mereka. Penggunaan platform e-dagang serba lengkap EZAssist dapat membantu PKS menarik lebih ramai pelanggan atas talian menerusi platform pelbagai saluran seperti Facebook, Whatsapp dan kedai web.
Bermula dengan pengisian katalog produk, penggunaan servis tersedia seperti shopping cart, payment gateaway, melayan pertanyaan pelanggan melalui chatbot, penghantaran serta penyediaan bahan-bahan promosi dan iklan, semuanya disediakan dalam satu platform.
Semua pemilik perniagaan di Malaysia yang:
Pengeluar utama produk akan mendapat manfaat daripada program ini. Walau bagaimanapun, kami juga menerima para ejen.
4. Apakah kadar komisyen yang dikenakan?
15% atas setiap barang/ pesanan yang berjaya dibuat oleh pelanggan.
5. Adakah pihak EZAssist mengenakan caj lain selain komisyen?
Caj payment gateway untuk setiap transaksi haruslah di bayar oleh pihak pelanggan atau usahawan.
6. Adakah platform EZAssist menyediakan sebarang bentuk subsidi dan insentif kepada usahawan?
Pihak EZAssist menyalurkan semula 7% dari caj komisyen yang dikenekan sebagai subsidi dan insentif kepada semua usahawan kami. Program akan diumumkan setiap bulan supaya para usahawan boleh merancang untuk memasukkan insentif ini dalam strategi dan aktiviti jualan mereka.
Bagi subsidi “matching grant” yang disediakan oleh pihak EZAssist dan kerajaan, setiap usahawan baru dan yang sudah berdaftar dengan EZAssist layak menerima sudsidi y mengikut had yang ditetapkan untuk kategori masing-masing. Subsidi di salurkan dalam bentuk diskaun, penghantaran PERCUMA, baucar membeli-belah dan pengecualian yuran transaksi sementara subsidi masih ada.
7. Adakah terdapat sebarang penanda aras atau KPI untuk mendapatkan subsidi “matching grant” yang ditetapkan dalam Program Smart Seller?
Bagi kedai yang baru berdaftar dengan jualan minima RM4,100 sebulan layak mendapat pengecualian yuran transaksi / komisyen sebanyak RM800 sebulan dan ini tidak termasuk penebusan baucar membeli-belah, diskaun produk dan baucar penghantaran percuma. Jualan minima ini harus dikekalkan untuk 3 bulan pertama supaya usahawan boleh menikmati ganjaran subsidi yang diberikan.
Bagi kedai sedia ada, subsidi ini diberikan dalm bentuk diskaunproduk, penghantaran PERCUMA & baucar membeli-belah dan dihadkan pada nilai tertentu untuk setiap peniaga.
Selepas mendaftar, anda dijangka boleh menjual menggunakan platform EZAssist
seawal 7 hari, sekiranya anda dapat menyediakan:
9. Adakah saya perlu membuat pembayaran pendahuluan semasa mendaftar?
Tiada bayaran pendahuluan dikenakan untuk peserta program.
10. Berapa lamakah pembayaran balik wang kepada pihak usahawan selepas pelanggan membayar di platform?
Pembayaran dibuat setiap minggu berdasarkan pesanan yang berstatus "delivered". Untuk pembayaran subsidi "matching grant", bayaran balik mestilah mengikut garis masa yang ditetapkan oleh MDEC.
Sekiranya anda mahu ketahui dengan lebih lanjut mengenai asas penjualan di EZAssist, ikuti webinar PERCUMA eksklusif kami melalui ZOOM pada setiap hari Isnin - Jumaat dengan mendaftar melalui borang program di atas.
Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di.
helpdesk@looselycoupled.org